Jumaat, 17 Februari 2017

Pengalaman temuduga perajurit muda tentera darat

Asalammualaikum w.b.t...

Lama tak update blog.. sibuk dengan seharian bekerja kan..

Ok harini aku nak cerita semua pengalaman aku ketika pergi temuduga perajurit muda TDM.

2 JANUARI 2017

Aku terbaca 1 iklan kat dalam facebook tentera darat malaysia mengenai pengambilan perajurit muda lelaki dan wanita siri 182/43. Dia bagi 3 cara iaitu , hantar dokumen lengkap berserta borang, daftar di internet "jom masuk tentera" dan ketiga adalah temuduga terbuka pemilihan awal perajurit muda.

Tapi aku pilih hantar dokumen je sebab lebih mudah. Hehehe

25 JAN 2017

Aku semak nama aku, alhamdulilah akhirnya aku terpilih, syukur.

Aku tepilih menjalani pemilihan akhir perajurit muda di kem rasah, seremban negeri sembilan , 15 feb 2017,

15 FEB 2017

Aku telah melapor diri di kem rasah, aku datang sorang dengan naik motor kapcai dari petaling jaya hingga ke kem rasah ,ambik masa 2 jam nak sampai, kalau naik kereta mesti cepat sampai.. hmm x pe, susah dahulu, bawak semua dokumen , x-ray bagai masuk kem, mula dia suruh berbaris 10 barisan dan menuju ke dewan, memang ramai, campur dengan calon simpanan.

Selepas dengar taklimat didewan, kami terus ke tempat kesihatan dalam kem tu jugak, kami diarahkan berlari.. hahaha.. ingatkan naik trak, teringin nk rasa naik trak askar weyh.. tapi tak pe ar, ade rezeki askar aku naik ye..

UJIAN KESIHATAN

Cerita pasal ujian kesihatan ni, mula kami di arahkan untuk berbaris dan akan ukur ketinggian dan berat, kat sini sikit je yang tersingkir, dalam 5 ke 6 orang mcm tu kalau tak silap. Ade seorang india ni, ketinggian dia tak capai ketinggian minium, tapi dia still nak minta jugak, dia kata dah 5 kali try, tapi tak jugak lepas, nak wat macam mana kan, tuhan dah tentukan rezeki kau bukan pada askar. Tapi aku tabik lh dengan dia, walaupun dia tahu dia tak dapat, tapi still dia bersemangat nak masuk.

Bebalik pada ujian kesihatan. Selepas dah dapat result BMI, kami diarahkan untuk buat ujian mata, dia nak tengok mata kita ni rabun ataupun tidak, mata aku sebelah kiri agak rabun jugak tapi tak kuat pon, hahaha.. kat sini pun ada yang terkandas, ramai jugak diarahkan balik.. hmmm.. sedih bhai.. member aku pon tak lepas mata.. hmmm

Ok selepas sahaja mata, kami diarahkan buat ukuran dada dan tekanan darah, hehehe.. ini ramai lepas, tak de yang keding pon masa interview ni, ade pon sedap mata memandang, haaaa, aku bukan gay ok..

Selepas tu kami diarahkan masuk ke dalam bilik pergigian, nak check gigi, hahaha.. ini yang aku malas nak cerita lebih-lebih ni, hahaha.. aku tengok ramai gila yang menyayi dalam tu, aku tak thu kenapa, aku masuk bilik tu , aku sebut nama aku dan nombor kawalan, dia kata suara aku macam pondan, tahu p.o.n.d.a.n, wahhhh sentap bhai, tak de orang gelak pon sebab ade je kena teruk daripada aku, serius.. aku pon lantangkan suara aku dan dia kata , haa macam ni aku nak.. hahahha.. ok aku baring dan dia mula check gigi aku dan gigi aku amat baik, wow .. serius lh, bangga sekejap.. hahaha.. kat sini aku tengok 1 orang je tersingkir, tak thu kenapa, mybe belubang, sesiapa gigi yang berlubang tu tampal ya sebelum pergi interview, nanti sia2 je..

Selepas settle 10 orang diarahkan buat PT weyh.. serius penat , aku nyaris nk tarik diri, hahaha.. tapi aku tanam dalam diri, orang lain boleh buat kenapa tidak aku, betul tak?.. kat sini aku tengok ramai yang tarik diri, maybe tak tahan. Muka ganas, aku tegur tak layan, pandang aku atas bawah, last dia yang tarik diri.. biar lah

Lepas sahaja habis PT kami diarahkan buka baju dan pergi bilik pemeriksaan dalaman, hahaha.. ni aku cerita agak lucah, tapi untuk persediaan awal kn..

Masuk dalam bilik pemeriksaan tu 10 orang je, bagi semua filem x-ray dia suruh buat 2 baris melintang, depan 5, belakang 5. Mula dia check nafas kita dulu, dada kita ok ke, parut semua, dia check kaki tgk kaki flat ke. Pastu dia check tangan lurus atau tidak, haaaa.. memula aku tgk tangan aku macam bengkok, tapi lurus pulak, tanya kawan kata biasa je, hahaha.. perasaan aku je kot, dia suruh bukak seluar diri tegak dan pandang kiri, jangan pandang bawah pon, dia check telur kita dan buasir, telur nak tgk kita ade angin pasang ke, ade problm lelain ke, dia akan suruh kita batuk dengan kuat, kalau terangkat sikit haa kira ok dan subur, pastu dia suruh kita tonggeng sikit dan dia akan check kita buasir atau tidak.. hahaha lucah tak, korang jangan lak nak kencam pulak, ini untuk kesihatan korang jugak. Kalau malu keluar dari blog aku ya..

P/S : sila potong bulu ya, jgn biarkan panjang.. ok

Lepas check kami diarahkan pakai seluar dan baju terus duduk di tar.. haaa , tengahari bhai, tunggu nama dipanggil, sape yang terpanggil tu kira gagal dalam pemeriksaan, ramai gile, aku risau nama aku dipanggil, alhamdulilah, aku lulus, kawan aku sorang ni happy gile dia lepas, sbb sebelum ni dia gagal dalam pemeriksaan kesihatan, so jga kesihatan ya..

Bersambung.....

Sabtu, 8 Ogos 2015

pengajaran !!! kisah mayat hidup semula

Kisah Mat Rempit Mati Hidup Semula Selepas 3 Hari Dikuburkan | Insan Terpilih tersebut bernama Dawawi dari Perak yang ceritanya berlaku sekitar tahun 80-an dahulu. Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit.

Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….

Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah Dawawi”….

Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya….

Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit….Dengan penuh mencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar….!

Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan…Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah….

Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan…..

Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma…Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa berkaca……Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup Semula” bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut…..Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik….

Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi…

“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’ dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya….

Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua telah beredar meninggalkan kubur….Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meninggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya….

Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya membaca kisahnya)….

Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, “MARABBUKA!”, “MA NABIYYUKA!”, “MA DINNIKA”, “MA KIBLATUKA!”, “MA IMMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!…..

Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya…Subhanallah..!

Beliau menjerit dan berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu….Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi….

Hamba Allah yang berjubah tadi….Bertanya lagi : “MA RABBUKA!”….Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi…Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital…..Subhanallah…!

Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi….
Allah memberi peluang untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita….

Dawawi hanya “Hidup Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah…..Katanya : “Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana….” Subhanallah!

Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…Umurnya ketika “Meninggal Dunia” kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal Dunia” 3 Tahun selepas itu….

Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah….Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya…..

Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti….Allah tak pilih kita untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi….

Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti….In Shaa Allah…

Jumaat, 26 Jun 2015

keadaan manusia di padang mahsyar

Asalammualaikum w.b.t

Bismillahirahmanirrahim..
Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.
1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2)tak ingat
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin..

c/p

Jumaat, 13 Mac 2015

Kesedaran halal

Asalammualaikum..pembuka bicara ku dari hati ke hati.. hehe..oke skg aku nak cakap pasal halal serba ringkas.. kenapa semua orang kena pilih makanan halal..sebab apa sahaja makanan yang halal tidak akan memudaratkan.. bukan sahaja makanan yg halal tp perkakas,pakaian,kerbesihan pon kena halal..betul x?? Sebab apa saya cakap mcm tu?? Contoh: korang pergi 1 kedai makan..dia masak sayur kailan ikan masin.. sayur x basuh main letak dlm kuali.. and then kuali tu karat.. pakaian tukang masak amat la kotor.. tanpa apron yg bersih..korang pasti makanan korg tu bersih suci..kata nak betul halal..halalan dan thoyyiban.. oke..

Halal.. KOLEJ UNITI

KOLEJ UNITI : MENAWARKAN DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRY HALAL.. (DIPLOMA IN HALAL INDUSTRY.. )

Peluang banyak dalam industri halal..betul ke bohong??

#mesti betul

Nk maklumat lanjut sila commet..insyaallah saya akan balas semua pertanyaan anda..

Atau wasup saye yo: 0136824110..

Isnin, 9 Mac 2015

RPK(rutin pemeriksaan kenderaan) RSM(Rutin sebelum memandu) bahagian 2

Asalammualaikum..bertemu lagi kita..hehe..aku dok lepak kejap ni bosan sikit..oke aku dah cerita pasai RPK kan..oke skg aku cerita pasal RSM(RUTIN SEBELUM MEMANDU)

RSM=RUTIN SEBELUM MEMANDU
Yang ni aku cerita serba rigkas..kalau korang ikot step aku insyaallah kome (korang) bole buat..amin

Masuk dalam kereta
1)handbrake turun naik
2)laraskan tempat duduk
3)pegang steering dengan betul
4)on kan kereta(jangan strat kereta dulu)=cerita kat jpj iaitu LAMPU HANDBRAKE,LAMPU MINYAK HITAM,LAMPU BATERI,METER  TIMEPIECE,METER RPM,METER MINYAK PETROL,METER KILOMETER,
5) tekan clutch(korg buat paham ea) smpai habis , Bebaskan gear dan strat kereta..bukak lampu dpn dn bukak isyarat kecemasan,
6) keluar kereta cerita lampu dpn berfungsi isyarat berfungsi kiri dan kanan,lampu belakang berfungsi, semua isyarat belakang berfungsi,
7)lepas tu masuk kereta betulkan cermin sisi dan pakai tali pinggang keledar ,Buka air wiper dan hidupkan wiper.. jangan kelam kabut oke..
** tali pinggang keledar wajib pakai sebab ia mandatory.. oke
8) bunyikan hon sebelum mulakan pejalanan..
9) lepastu sedia untuk buat S dan Z..

Apa beza rpk dgn rsm.. rpk untuk badan kereta dan fizikal kereta..kalau rsm fungsi nya kereta..so bila dekat rpk cakap "masih boleh digunakan" kalau dekat rsm "masih berfungsi dengan baik"

Harap korang lulus keyh..aku doa kan semua pembaca blog aku semua lulus...amin

Nasihat aku=gagal sekali bukan gagal selamanya..

:)

RPK(rutin pemeriksaan kenderaan) RSM(Rutin sebelum memandu) bahagian 1

Asalammualaikum.. aku nak cerita pengalaman aku pasal test jpj ni(kereta sahaja).. mula sekali aku nak ucap terima kasih buat pengajar aku iaitu uncle mutthu di tempat belajar memandu IMPD Port Dickson,lukut negeri sembilan sebab  mengajar aku dari kosong tak tahu bawak kereta hingga aku pandai bawak..( aku pemandu berhemah oke).. walaupun aku terpaksa repeat litar 1 kali sbb x lepas bukit..aduh kantoi..tp tak pe, sbb aku da lulus dan mempunyai lesen yg sah.. hehe..

Dari membuang masa aku nak cerita pasal RPK & RSM..

RPK: RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN..
Oke korang jangan dok gelabah bahagian nie tau..nanti ada je korang lupa sebot oke..

Korang cerita ikot keselesaan korg lha..

Bumper hadapan.
No plat
Lampu hadapan
Lampu isyarat
Cermin hadapan
Bonet hadapan
Cermin sisi belah kanan
Tingkap hadapan pintu kanan
Tayar depan belah kanan ( tekanan angin,bunga tayar)
Tayar belakang kanan (tekanan angin,bunga tayar)
Tingkap belakang pintu kanan
Bumper belakang
No plat belakang
Cermin belakang
Lampu belakang
Brek ketiga
Bonet(tayar gantian,harzad,peti kecemasan,pembuka tayar)
** kiri pon sama je tayar,cermin tingkap kiri depan belakang,cermin sisi kiri,
Bonet hadapan
Tangki radiator
Air simpanan radiator
Air radiator
Hos
Bateri
Minyak hitam
Minyak brek
Tali sawat
Air simpanan wiper
...
***selesai
ESOK AKU CERITA PASAL RSM..AKU PENAT MENAIP
OKE..JANGAN RISAU AKU DOAKAN SEMUA PEMBACA BLOG AKU NI LULUS TEST JPJ OKE...
Amin
= gagal bukan selamanya gagal.. itu nasihat aku..