Asalammualaikum..bertemu lagi kita..hehe..aku dok lepak kejap ni bosan sikit..oke aku dah cerita pasai RPK kan..oke skg aku cerita pasal RSM(RUTIN SEBELUM MEMANDU)
RSM=RUTIN SEBELUM MEMANDU
Yang ni aku cerita serba rigkas..kalau korang ikot step aku insyaallah kome (korang) bole buat..amin
Masuk dalam kereta
1)handbrake turun naik
2)laraskan tempat duduk
3)pegang steering dengan betul
4)on kan kereta(jangan strat kereta dulu)=cerita kat jpj iaitu LAMPU HANDBRAKE,LAMPU MINYAK HITAM,LAMPU BATERI,METER TIMEPIECE,METER RPM,METER MINYAK PETROL,METER KILOMETER,
5) tekan clutch(korg buat paham ea) smpai habis , Bebaskan gear dan strat kereta..bukak lampu dpn dn bukak isyarat kecemasan,
6) keluar kereta cerita lampu dpn berfungsi isyarat berfungsi kiri dan kanan,lampu belakang berfungsi, semua isyarat belakang berfungsi,
7)lepas tu masuk kereta betulkan cermin sisi dan pakai tali pinggang keledar ,Buka air wiper dan hidupkan wiper.. jangan kelam kabut oke..
** tali pinggang keledar wajib pakai sebab ia mandatory.. oke
8) bunyikan hon sebelum mulakan pejalanan..
9) lepastu sedia untuk buat S dan Z..
Apa beza rpk dgn rsm.. rpk untuk badan kereta dan fizikal kereta..kalau rsm fungsi nya kereta..so bila dekat rpk cakap "masih boleh digunakan" kalau dekat rsm "masih berfungsi dengan baik"
Harap korang lulus keyh..aku doa kan semua pembaca blog aku semua lulus...amin
Nasihat aku=gagal sekali bukan gagal selamanya..
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan